
![]() |
Mother's Day 2010
Saturday, May 15, 2010 | 7:24 AM | 0 candie blossom
Happy Mother's Day 2010.09 May 2010, aku siap pesan kat buah hati pengarang jantung 2 orang tu. "Hari ni hari mommy, abang dgn adik tak boleh notty2, kena dengar cakap mommy, jgn bagi mommy sakit jiwa tauu!!" Dia mcm dengar tak dengar jek.. tapi Aqil ada improvement sket this year. Last year dia nyanyi "ibu..ibu.. engkaulah batu hatiku" (sabar je la den..) thn ni betol dah sebutan ibu ratu hatiku... Tahun ni Aqil bagi mommy topi, tapi tak muat kepala den. buat2 muat dah la. ada rambu ramba bagai kat topi ni, tapi omeii dah cabut2 kan... siap tanya dgn dia "nape aqil tak kaler topi ni kaler pink ?" "teacher tak bagi cat kaler pink la mommy, sumer org kaler warna green je" hehehhehehe..saje je nyakat. mommy tetap akan appreciate apa2 pon dr anak2 mommy.. thanks dear... Ini pulak hadiah mother's day from Aqil last year.. After a while dia cakap ngan aku "mommy, mata aqil keluar air la" memangla citer tu sad ending pasal anak & mak aku buleh tanya "aqil sedih ke??" dia angguk2 je aku cakap "tu air mata sbb aqil sedih la tu" (siap gelakgelak) kekekekkekeke.. anak aku lak emosi (lawak-lawak.. selalunya aku je emosi tgk citer sedih2) mujur dia tak sedih cam aku sedihhh.. tapi bagus jugak, aku ingatkan dia takde perasaan.... dah besar dah anak bujang aku rupanya.. Walaupon dah seminggu berlalu, Untuk ibu-ibu di luar sana, Selamat Hari Ibu. Untuk mak, Selamat Hari Ibu mak, semoga mak di panjangkan usia, dimurahkan rezeki, semoga mak tabah dan sabar dengan ujianNYA. Kami semua sayangkan mak.. Rumah Saujana Putra
Tuesday, April 6, 2010 | 2:14 PM | 0 candie blossom
Ni citer bulan lepas20-21 march 2010 Aqil ikut mak angkat dia pg cameron highland (tetiap thn pon dapat pg cameron anak haku, tompang sesapa yg sudi bawak la) omei tinggal ngan mommy & daddy ni antara gambar masa kitaorg pg membersihkan rumah utk disewakan. previous tenant sgt la buruk tingkah lakunya. dinding rumah berconteng.. sampai asben pon tak lalu makan, mandi tak basah, tido tak lena mengenangkan kos utk baik pulih rumah itu semula. padahal mereka itu tidak mempunyai anak dan baru menyewa dalam setahun rumah we ols. dan mereka adalah tenant yg pertama since rumah itu siap dah boleh diduduki... so kepada bekas tenant.. apa-apa pon kite cerita di SANA nanti ye... untuk menjimatkan kos, aku ngan hubby sendiri mengecat rumah itewww. seb bek rumah kecik.. itupon memula hubby cam tak percaya ngan kebolehan aku sbb dia tertib orgnya berlawanan dgn isterinya yg sgt bersopan santun dan berhemah (memula jela lepas tu sendirik bayangkan la ehhh...) mula2 cat hall. hubby bising "buat perlahan2, nanti cat terpalit sana sini" memula je aku bertahan. kena tangan sket lap, kena kaki sket lap tertumpah sket kat lantai lap.. kena kat baju sket..tapi pikir panjang..buleh ke sabun murah aku tu menghilangkan kotoran degil ini?? ekekekekekk.. buleh lagi pikir macam tu masuk je episod mengecat bilik.. aku siap sound hubby "abg cat bilik sana, ja cat sini nanti kita compare sapa yg lagi cantik & ada talent mengecat" (padahal aku malas nak dengar dia berceramah suruh buat slow2 supaya lantai takde kesan cat, tula sape suh lupa bawak surat kaba lama) aku pon tak lalu nak tampal wajah jelita aku mengecat, kesian kat korang takut tak lalu makan 2/3 hari. macam org meroyan.. sampai ke hari ini kaler cat masih ada yang melekat kat gelang emas gueee...heheheheheeh.. (sajela nak cakap mengecat sambil pakai gelang emas mana tau, asben tgk, sian bini aku gelang pon ada cat, dibawaknya pg kedai emas tukar hak yg baru yg lagi shining2..tapi tu dlm mimpi jer berlaku yee harap maklom..) gambar ni a week after we ols mengecat. pg mengecat harusla tak bawak hero2 ku itukan.. kang ada plk yg mandi catnya.. omeii perasan dia anak tunggal padahal dia kena tinggal on the way pg buat last touch up tuk rumah saujana ni kol aqil first thing yang dia tanya "mommy! adik mana!!!" terharu lak mommy dia cakap dgn adik aku a.k.a mak angkat aqil "dia ok jer, tak tanya mommy langsung" huhuhu takde perasaan kah anak ku itu?? takpela layan gambo adik omeii la ![]() ![]() ![]() ![]() gambar lepas kena marah sbb notti sesgt.. ni plak perasaan bahagia kalau dapat selongkar harta benda mommy..dan yang ini hasil kerja mommy & daddy mengecat.. sampai amek cuti (dahla salah isi borang cuti) nak cuti 8hb march tapi aku isi dlm form 15hb march.. hohoho (ni 1 lagi citer kelakar seram aku thn ni) buleh lak bos aku kol pukul 1oam masa aku tgh tekun ngecat "fiza, where r u????" aiyooooo lam ati aku, org tua ni kan aku kata aku cuti..kot tak kaco aku 1 hari memang tak tenang idop ehh. "AL la kan u dah approve, dah sign..." "u apply leave 15 mar kan??" ha ye ke.. seram sejuk lak kepala lutut den bila dengar statement tuh.. "are u sure??" " yela i tgh pegang form u la ni.." "ok la kira hr ni la i cuti minggu depan kensel" lawak sengal pulak pepagi yg indah ni.. cam opis bapak sendirik pulak rasa.. mujur bos aku okeh je ke terpaksa ok tak tau la kan. nasibla.. TAPI sampai skang bila aku nak aplly leave bos haku yg prihatin tu suh cek date bebetol. aiyoooooooooo betol la boss..adoiyaiiii org tua nih.. bab cuti mana bleh main2.............................. okeh layan pulak hasil keras tangan aku ngan hubby (ok pe!!) nanti sesapa yg nak cat rumah roger aku ehh.. aku kira murah2 jerr.. aku kira charge professional ehh....lalalalalalala ![]() ![]() ![]() ![]() Entri Pertama Tahun 2010
Tuesday, February 2, 2010 | 9:55 PM | 0 candie blossom
Lamanya tak menjengok blog..alasan skema, bizi Ini entry pertama aku utk tahun 2010 (sebok tahap apakah ini??) http://www.cikicikishop.blogspot.com/ buat masa ini, kedai kecik yg aku sukak-sukak nak bagi nama cikishop menjual barang2 baby & kanak2 sahaja. so masa tuk keluarga dah terpaksa dibahagi-bahagikan.. tapi 1st priority of kos tuk hero ber3. tapi mulut moncong-moncong gak, bila hero sebok nak menempel masa mommy buat kije especially aqil. asyik komplen itu ini.. seb baik jugak budak comel ini tak tau komplen lagi. tapi sooner dia pon akan pandai komplen jugak. apa-apa pon mommy masih mcm dulu jugak. kasih sayang pada semua hero tak pernah berkurang walaupon seinci. walau mcm mana sebok sekalipon (mana dengan kije melambak kat opis, tapi still ada masa ber YM lagik huhuhuhu), mommy cuba buat apa yang terbaik untuk anak-anak mommy. walau apa pon, semoga tahun 2010 dapat dilalui dengan penuh ketenangan semoga DIA memudahkan perjalanan hidup kita sekeluarga. AMINNN...... chicken pox.. oh.. chicken pox..
Wednesday, December 30, 2009 | 9:40 PM | 2 candie blossom
last friday, 25th christmas time, masa tu la daddy perasan ada benda asing naik kat badan hero kecik dia. mommy buleh tak perasan masa mandikan dia. mcm mommy takde perasaan jekan. biasala kalut nak buat itu ini sbb nak roger balik kampong halaman terchentaaa..pastuh daddy bagi soklan cepu mas. "nak balik jugak ke?? abg tak kisah" (dgn muka yg mcm kisah). aku pon kompius la nak balik ke tak 'PENGUMUMAN..PENGUMUMAN!! Cik Puan Muda mungkin tak dapat balik sbb anak teruna ku kena chicken pox' tak lama tu bertalu2 msg masuk (aku perasan fofular ekekkeekekk) 'balik jek.. sikit punya hal je tuh bla...bla...blaa.. antara petua dia ialah mandikan anak dgn air suam + soda bikarbonate memang mujarab (credit given to Puan Norlia Muhammad) aku tetap p klinik dulu, kebetulan turn dr. Hafiz (d very pok pek punya dokter tp baik ati Balik dr klinik, terus p speedmart depan umah. aku borong 8 botol soda bikarbonate dia. ikutkan hati nak amek sumer, tapi kang ada pulak org yg hentak2 kaki kat kedai tu bila tak jumpa soda bikarbonate nak buat kuih. kan 25 tu krismas?? jadik aku amek keputusan cepat2 balik lps bayar... lepas solat jumaat br kita org roger balik kg.. dan inilah hasilnya lps seminggu berlalu.. TADAAAAA... Besday aniq part 1
Tuesday, November 17, 2009 | 9:48 PM | 4 candie blossom
7/11/2009, genap setahun umur aniq. As usual mommy & daddy g tempah kek and roger bawak g school. Jimat & sangat praktikal hehhheheh.. Kali ni tempah kek kat Legine Bakery @ Putra Perdana aje. Walaupon kedai ni tak banyak choice, tapi memandangkan dia buleh hantar terus p sekolah, we ols decide beli kat sini aje. Cuma masa order tu bgtau tokeh kedai " i nak ada no 1 atas kek ni ehh!!" Bila tengok gambar yg di snap kat teacher anugerah, nampak lawa jugakla keknya. Tapi RASA tidaklah aku dapat mengkompemkannya.. hohohohoho.. ![]() Inilah besday boy kami.Dear Aniq, mommy & daddy will always pray for ur good health, cheerful spirits & longlasting prosperity throughout the years.. be a gud son who will make mommy & daddy proud of you!! Pagi masa hantar anak-anak pg sekolah, siap pesan dgn teacher yang ada " tomorrow birthday aniq, tapi sbb esokkan hari sabtu, akak dah tempah kek, nanti dia datang hantar dlm pukul 10am mcm tu. korang tolong amekkan gambar skali ekk. cam biasa.." tapi bila amek anak dr sekolah, lupa lak nak interbiu bebudak kat sekolah tu, cemana birthday party aniq. sbb amek anak pon matahari dah tenggelam. kelam-kabut amek anak pastu nak p psr malam, lupa semua benda!! bila view balik gambo yg diaorang amek, ada la beberapa picture aniq & teacher & abang aqil. Kompius lak!!. Aniq sambut besday ngan si fida & aqil jer ke?? teacher yg lain pon ngak ada!! tu semua jadi misteri sehingga ke hari ini. sebab mommy yang pelupa... tapi kira ok jugak sbb nanti aniq ada birthday party part 2 pulak.. TUNGGU................... Cepat betol masa berlalukan.. rasanya baru semalam melahirkan aniq tup..tup dah setahun anak kami.. Ini hadiah aniq for his 1st birthday!! tapi cam biasa la, abg kepada aniq yang lebey-lebey.. Aktiviti Di Hari Deepavali
Wednesday, October 28, 2009 | 10:14 PM | 1 candie blossom
Memandangkan takde aktiviti lain yg mommy rasa best, so bagi la dia lepaskan hajatnya mengalerrr. hohohohoh sungguh teruja mamat itu memegang kaler... tukang lukis=daddy tukang kaler=aqil mommy=tukang amek gambo aniq=tukang apa ekk?? tukang kaco kot????Aktiviti ni aku panggil outdoor sebab aku paksa hubby bentang tikar kat luar rumah. sbb aku adalah seorang ibu yang sangat mementingkan kebersihan di dalam rumah so hasilnya dengan aktiviti outdoor ni, bila aqil nampak ulat gonggok, dia suh daddy lukis ulat gonggok. tapi bila dah kaler, ulat gonggok dah takde ropa ulat gonggok dah, dah ropa macam kaler tumpah atas kertas.. huhuhuhuhu ![]() aqil: lukis bola buleh?? daddy: ok aqil: lukis gambar otomen pulak daddy : mmm.. apasal otomen kaler oren?? mommy: otomen kena langgar dgn lori bawak cat oren.. kuakuakua.. aqil: lukis gambar belon pulak aqil: gambar lampu daddy dan yang paling tak larat nak gelak aqil: daddy lukis gambar sependa buleh?? sependa BEN10 (ini gara2 buat aktiviti outdoor lah ni, dia suda nampak itu sependa sidai kat ampaian daaaaaaaaaaaaa) mujur gak dia suh lukis gamba sependa dia hihihihihihihiihih.. ![]() Mari Berenang
Friday, October 23, 2009 | 4:41 PM | 0 candie blossom
Aktiviti hujung minggu bila daddy tak kijer atau bila mommy ngan daddy tak tau nak pegi mana ehehheheheeh..., we ols akan pack baju segala & ZASSSSSSSSSSSSS ke putrajaya untuk aktiviti berenang. Sebelom ni abang beso a.k.a aqil jer yang melibatkan diri utk aktiviti outdoor ni. Tapi kali ni we ols exposedkan sekali adik baby dengan air. hohoho.. sungguh teruja budak tomeiii itu.. ni first time dia dapat bermandi-manda di swimming pool lah kiranya.. Ini pula budak yang memang dari azali takleh jumpa air (sbb tu mommy veto bila daddy kata nak buat kolam ikan chanthek2 depan rumah). Kali ni dia dapat berenang dengan aman tanpa melanggar org len memandangkan pada hari kejadian, kolam tak ramai org (dah sumer org pakat2 pegi open house). kiranya rasa macam ada swimming pool kat rumah lah. Tapi aku takdela pulak sampai nak joint skali!!. Sekarang gambo hero 2 org tu jek. mana tau lagi 3-4 tahun, gambo aku pulak tertempek kat sini (hoho ada hati gak nak join berenang) Pstttttttttttttt.. koja ko hengat tak masa ko ajo aku mengapungkan diri kat PD tu?? sokmonya GAGAL. Sesungguhnya aku memang takut dengan air yang dalam. Apakah bahasa saintifik kepada ketakutan di dalam air ye?? ______ phobia!!! (pls fill in the blank)
|